Sunday, 17 May 2015

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH
TAHUN 2015



HURAIAN TEMA HARI GURU 2015
GURU : MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK

1. DEFINISI


1.1 GURU: Kata GURU merangkumi semua warga pendidik yang menyumbang khidmat bakti dalam semua bentuk institusi pendidikan yang menjadi penggerak serta pendukung kepada pembangunan pendidikan negara. Guru merupakan insan yang berpengetahuan luas, berkemahiran tinggi dalam bidangnya dan mempunyai keperibadian terpuji serta berupaya menjadikan diri mereka sebagai suri teladan.

1.2 MEMBINA ILMU: Individu yang membangunkan dan membentuk atau mewujudkan kualiti pada setiap insan dan keilmuan. Dalam konteks pendidikan, guru berperanan sebagai individu yang membina dan membentuk kualiti individu muridi/pelajar dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (kognitIf).

1.3 MENYEMPURNAKAN: Menjadikan sempurna atau lengkap. Warga pendidik berperanan untuk menyempurnakan keberhasilan murid berpandukan enam aspirasi murid yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

1.4 AKHLAK: Budi pekerti dan nilai-nilai murni sejagat yang perlu ada dan dihayati oleh setiap modal insan bagi mendepani cabaran dan perubahan dalam menjalani kehidupan.



      Hari Guru Tahun 2015 bagi SK Paya Panjang telah disambut pada tanggal 17 Mei 2015, Ahad. Sambutan kali ini agak meriah kerana pihak sekolah telah menjemput 3 orang mantan guru yang pernah berkhidmat di sekolah ini iaitu Pn Hjh Aisah bt Palani, Pn Hjh Jumiah bt Junid dan Tn Hj Abu Bakar bin Awang. Selain itu, dengan kehadiran AJK PIBG juga turut memeriahkan sambutan kali ini.

      Sambutan dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Zulfadzli bin Abdul Wahab. Kemudian murid dan guru bersama mendengar perutusan yang disampaikan oleh GPK 1, Pn Nor Dzihan dan GPK Hal Ehwal Murid, En Jawad b Hj Idris.
  
          Kemudian adik Alif Haikal bin Mohd Radzi memberikan ucapan selaku wakil murid SK Paya Panjang.


       Selepas itu, Tn Hj Md Dun selaku Guru Besar SK Paya Panjang memberikan sedikit ucapan.

         Sambutan diteruskan dengan semua guru berdiri untuk menyanyikan lagu "Biarku Menjadi Lilin", lagu keramat "Guru Malaysia" dan lafaz ikrar guru.