Sunday, 17 May 2015

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH
TAHUN 2015



HURAIAN TEMA HARI GURU 2015
GURU : MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK

1. DEFINISI


1.1 GURU: Kata GURU merangkumi semua warga pendidik yang menyumbang khidmat bakti dalam semua bentuk institusi pendidikan yang menjadi penggerak serta pendukung kepada pembangunan pendidikan negara. Guru merupakan insan yang berpengetahuan luas, berkemahiran tinggi dalam bidangnya dan mempunyai keperibadian terpuji serta berupaya menjadikan diri mereka sebagai suri teladan.

1.2 MEMBINA ILMU: Individu yang membangunkan dan membentuk atau mewujudkan kualiti pada setiap insan dan keilmuan. Dalam konteks pendidikan, guru berperanan sebagai individu yang membina dan membentuk kualiti individu muridi/pelajar dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (kognitIf).

1.3 MENYEMPURNAKAN: Menjadikan sempurna atau lengkap. Warga pendidik berperanan untuk menyempurnakan keberhasilan murid berpandukan enam aspirasi murid yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

1.4 AKHLAK: Budi pekerti dan nilai-nilai murni sejagat yang perlu ada dan dihayati oleh setiap modal insan bagi mendepani cabaran dan perubahan dalam menjalani kehidupan.



      Hari Guru Tahun 2015 bagi SK Paya Panjang telah disambut pada tanggal 17 Mei 2015, Ahad. Sambutan kali ini agak meriah kerana pihak sekolah telah menjemput 3 orang mantan guru yang pernah berkhidmat di sekolah ini iaitu Pn Hjh Aisah bt Palani, Pn Hjh Jumiah bt Junid dan Tn Hj Abu Bakar bin Awang. Selain itu, dengan kehadiran AJK PIBG juga turut memeriahkan sambutan kali ini.

      Sambutan dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Zulfadzli bin Abdul Wahab. Kemudian murid dan guru bersama mendengar perutusan yang disampaikan oleh GPK 1, Pn Nor Dzihan dan GPK Hal Ehwal Murid, En Jawad b Hj Idris.
  
          Kemudian adik Alif Haikal bin Mohd Radzi memberikan ucapan selaku wakil murid SK Paya Panjang.


       Selepas itu, Tn Hj Md Dun selaku Guru Besar SK Paya Panjang memberikan sedikit ucapan.

         Sambutan diteruskan dengan semua guru berdiri untuk menyanyikan lagu "Biarku Menjadi Lilin", lagu keramat "Guru Malaysia" dan lafaz ikrar guru. 

               

Sunday, 12 April 2015

WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA PANJANG

 GURU BESAR 
TN HJ MD DUN BIN HJ MAHMOD

GPK 1 PENTADBIRAN
PN NOR DZIHAN BINTI IBRAHIM

GPK HAL EHWAL MURID
EN JAWAD BIN HJ IDRIS

GPK KO-KURIKULUM
PN SALWA BINTI ABDUL RAHIM

GURU KELAS TAHUN 1 USAHA
PN HJH HASNAH BINTI KARSUL

GURU KELAS TAHUN 2 MAJU
PN SHAKILA BINTI MOHD NAHRORAWI

 GURU KELAS TAHUN 3 JAYA
 PN SALIMAH BINTI SALAM

GURU KELAS TAHUN 4 CEMERLANG
 PN FATIMAH BINTI JAMIL

GURU KELAS TAHUN  5 GEMILANG
 PN FAUZIAH BINTI MOHD DIAH

GURU KELAS TAHUN 6 TERBILANG
PN FOUZEIAH BINTI ISHAK

GURU DATA
EN ZAMRI BIN JABAR

GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA
CIK NOR SURIA'ADHA BINTI AMOM


 GURU PRA SEKOLAH
PN NORASIMA BINTI MOHAMED

 GURU PEMULIHAN
PN SITI AISHAH BINTI ABDUL RAZIP

GURU PENDIDIKAN ISLAM
USTAZ MOHD SAHARI BIN SUID

 GURU J-QAF (ARAB)
USTAZ MOHD ZULFADZLI BIN ABDUL WAHAB

 GURU J-QAF (PEMULIHAN JAWI)
PN HAMIDAH BINTI RAMLAN



Monday, 6 April 2015

GURU-GURU SK PAYA PANJANG


Duduk daripada kanan : En Mohd Sahari bin Suid, Pn Salwa bt Abdul Rahim (GPK Ko-Kurikulum), Pn Nor Dzihan binti Ibrahim (GPK 1 Pentadbiran), Tn Hj Md Dun bin Hj Mahmod (Guru Besar), En Jawad bin Hj Idris (GPK Hal Ehwal Murid), En Zamri bin Jabar, En Mohd Zulfadzli bin Abdul Wahab (guru J-QAF)

Berdiri daripada kanan : Pn Fauziah binti Mohd Diah, Pn Fatimah binti Jamil, Pn Norasima binti Mohamed (Guru Pra Sekolah), Pn Salimah binti Salim, Pn Siti Aishah binti Abdul Razip (Guru Pemulihan), Pn Shakila binti Mohd Nahrorawi, Pn Hjh Hasnah binti Karsul, Pn Fouzeiah binti Ishak, Cik Norsuria'adha binti Amom.

SEJARAH SK PAYA PANJANG

SEJARAH SK PAYA PANJANG


Sekolah Kebangsaan Paya Panjang ini telah ditubuhkan pada tahun 1951.
Sekolah  ini dikenali juga dengan nama :

  • Sekolah  Ra’ayat  Paya Panjang ( 1951 )
  • Sekolah  Melayu Paya Panjang  (1953)
  • Sekolah Umum Paya Panjang   (1960)
  • Sekolah Kebangsaan Paya Panjang (1965)
     Bangunan pertama dibina  di kawasan kecil di dalam kebun getah dengan menggunakan hasil pungutan derma RM 30.00 sekeluarga.Bangunan  ini hanya mempunyai 2 bilik darjah dengan bilangan murid seramai 53 orang.
     
     Bangunan kedua dibina pada tahun 1954  oleh Kerajaan dengan peruntukkan RM 6,000. Mengandungi 6 bilik darjah , sebuah rumah guru dan 30 bangku kembar.

     Bangunan baru Sekolah Kebangsaan Paya Panjang  ini siap dibina pada tahun 2003. Bangunan  baru ini  dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dengan bilik-bilik khas seperti Makmal Sains, Bilik Kemahiran Hidup, Pusat Sumber, Makmal Komputer dan sebagainya.

GAMBAR KENANGAN MENGGAMIT MEMORI